Kalau Kita Tahu..apa yang kita mahu  

Tuesday, November 17, 2009

Salam mesra..
angin telah meniti saat yang sangat sibuk dengan bermacam tugas yang sedikit membebani jiwa ini
setelah angin teliti dengan baik berhubung jadual perjalanan karear angin...ternyata bermacam dugaan telah meniti di laluan ini...
yang duri dan yang datang menguji..
arrgghh..
biasalah kan??
dah nama pun dunia..
takkan semuanya indah untuk kita harunginya..
betul x??

sekali lagi..angin termenung sejenak..
dan berfikir di dalam benak..
perlukah dalam dunia ini, wujud hati, yang tidak mengerti, apa yang mereka ingini, ???
ok..sebenarnya, angin agak tersentak.
dengan mereka yang kerap bertekak.
dengan nasib mereka yang mereka sendiri letak..

apa lagi yang mereka cari?
kalau mereka sendiri tak pernah nak ngerti
akan apa yang mereka miliki
takkan selamanya di sisi...
betul???

tapi, itulah manusia.
yang kita ada...
kita terasa benar hak kita..
sedangkan kita tak pernah nak jaga..
seperti ia pinjaman buat kita..

kita berada di takah tinggi..
tak semestinya kita punya akal tinggi..
dan bila kita berdiri tinggi...
tak semestinya orang memandang tinggi..

semuanya bergantung setinggi mana kita berbudi..
dan setinggi mana juga kita meletak empunya diri..
dalam kelompok yang terpuji..
kita takkan tahu nilai diri..
selagi orang tidak menilai sendiri..
kalau benar kita berdiri tinggi..
tapi benarkah kita yang tertinggi ???

kalau kita tahu
apa yang kita mahu..
tentu kita takkan berjalan melulu..
tanpa tuju,...
dan, tentu kita takkan ganggu..
perkara yang tak direstu
untuk kita tahu..


angin benar2 ingin kongsikan tentang rasa ini..
benar2 terkesan dengan lirik ini..
lagu ciptaan pak ngah..
lirik oleh che' kem
Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza

SESUNGGUHNYA BERKASIHLAH DI ANTARA MANUSIA
PERINDAH SEGALA KATA-KATA
BAHAGIA ITU JANJINYA
MENGAPA CIPTA SENGKETA
RENTASLAH JALAN TERBUKA
TANPA DUSTA

AddThis Social Bookmark Button


Thursday, October 22, 2009

A Day 2 Remember..


jauh perjalanan..luas pemandangan
itulah ibaratnya angin ketika mengisi percutian ke langkawi baru2 nie..
pada angin..ini adalah percutian di luar jangka..sebabnya, tanpa sebarang perancangan..
angin dan member ofis telah menjejakkan kaki ke langkawi..pelik dan memang benar..
bertolak dr kuala perlis sekitar jam 7.00 petang..dan tiba di langkawi pada jam 8.30 malam...
angin stay kat motel kat Pekan Kuah..n malam pertama yang sangat membosankan
tanpa sebarang aktiviti menarik..
keesokannya, pengembaraan angin bermula..

Naik Cable Car
ok...kerete kabel yang pertama angin naik adalah pada saat dan ketika pengembaraan ini
sedihnya angin, pada usia 22 tahun baru merasa naik kereta kabell..
Alhamdulillah, setidak-tidaknya pernah juga angin merasa naik kereta kabel berbanding insan lain yang tek berpeluang untuk menaikinya..
pengalaman yang cukup berbeza..
melihat indahnya ciptaan Tuhan dari ketinggian yang tidak tercapai.
syukur sangat, berada di bumi yang aman..
apa yang pasti kesejukan berada di stesyen puncak kereta kabel jelas menusuk segenap tulang belulang angin..nyaman
angin sempat merakamkan kenangan bersama dengan seorang pelancong dari Arab Saudi yang turut serta tidak melepaskan peluang menyaksikan dan merasai pengalaman percutian di Malaysia.

setelah penat mengembara menaiki kereta kabel, kami singgah di tempat yang mana terdapatnya pelbagai jenis, rupa dan bentuk kapal layar di sini..
termasuklah kapal Jalur Gemilang
yang telah dinaiki oleh Dato' Azhar Mansor..
di jeti kapal layar ini, hati angin benar-benar teruja dengan setiap perincian kapal layar yang terdapat di situ..serba mewah semuanya..
di situ juga angin telah berjumpa dengan Aaron Aziz dan Faizal Hussein..
mereka menjalankan penggambaran di situ..

apa yang pasti percutian sehari angin ke langkawi bersama k.Maria memang menyeronokkan dan pasti angin akan ke sana lagi bagi mengembara ke pelbagai destinasi lain yang terdapat di sana..
apapun..angin benar2 teruja..



AddThis Social Bookmark Button


Cerita Raya Angin (Raya ke-2)  

Wednesday, September 23, 2009

halloo...

ok..menjengah ke cerita raya angin di hari raya yang kedua nie..banyak pengalaman mearik angin nak kongsikan dengan semua...apapun, angin masih lagi nak citer kat korang sume..betapa gembira n terujanya angin menyambut raya tahun nie..

seawal pagi angin dah bangun nak melihat sekeliling angin..apa yang patut angin lakukan..tapi macam biasalah..berhamparkan toto kat tuang tamu..angin baring sambil menonton MHI Raya..
Salam Aidilfitri angin rakamkan buat semua pengacara sensai MHI yang bertugas di musim perayaan ini..

ok...cerita di pagi raya ke-2..angin dan keluarga sibuk mengemas rumah dan menyediakan juadah..sebabnya keluarga bakal mentua abang angin akan datang beraya ke rumah..
jadi..sibukla ckit di pagi hari..

inilah antara aksi-aksi abang angin dan adik angin menyediakan juadah sate..proses membakar sate sudah bermula..haha


kipas..jangan tak kipas...


setelah penat membakar sate dan setelah menjamu selera bersama dengan keluarga bakal mentua abang angin tu..kami sekeluarga..merehatkan diri seketika sebelum keluar pergi menziarahi sanak saudara..

jadual perjalanan raya angin sekeluarga untuk hari nie adalah kami bakal ke rumah keluarga nenek saudara angin..di Alor Setar dan Bukit Pinang, Kedah..
maka, keluar berayalah angin dari pukul 2 sehingga jam 6 npetang untuk 2 buah rumah..
agak lama la jugak yea..hehe

ok..setelah penat beraya..angin sekeluarga sekali lagi sibuk menyediakan juadah untuk sanak saudara yang bakal datang ke majlis rumah terbuka keluarga anjuran family angin..

kesibukan memang jelas terpancar..walaupun juadah yang disediakan tidaklah banyak sampai melimpah ruah..namun, angin gembira sangat sebab semua orang happy n yang penting kita njoy..hehe


ayah angin dan adik angin sibuk mengipas sate..hehe


nenek angin dan bakal kakak ipar angin...apa la yang seronok ditengokkannya...hmm


Mak Su, Mak Teh, Mak Cik & Kak Ti
wah...aunty2 kesayangan angin yang dah macam artis nasyid da...
yang angin paling hairan sekali..macam mana boleh satang open house dengan sedondon warna purple..bagus betul..maccam berjanji la plak

dan ini gambar yang paling hot skali..angin bersama dengan aunty angin yang cool..Mak Teh

inilah hebatnya raya..dapat menghimpunkan semua sanak saudara angin..dan teh best part is..
semua sibuk dengan cerita masing-masing..(ala..gosipla 2)..hehe

dan..akhirnya, angin sangat berpuas hati dengan sambutan rumah terbuka sanak saudara yang family angin anjurkan nie..
sangat berpuas hati..dan yang penting sangat penat jugak..biasala 2 kan??

AddThis Social Bookmark Button


Meriahnya Raya  

Tuesday, September 22, 2009

SALAM AIDILFTIRI
dari Faiz Hj. Othman Sekeluarga


Salam Mesra..n Salam Aidilfitri..

angin gembira sangat dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh kesempurnaan...
Alhamdulillah, yang paling penting dapat bertemu dengan sanak saudara dan kaum keluarga untuk sama-sama bermaafan dan saling bertukar cerita..
tak sangka angin..kini dah masuk raya keempat..

apapun, angin nak kongsi betapa gembiranya angin meraikan lebaran yang mulia ini..
pagi raya je..angin tolong mak angin di dapur menyediakan juadah pagi raya..
untuk Raya pertama..angin dan keluarga menyediakan Lontong untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir..
so, angin telah meringkan tulang angin yang sedia ringan ini..menolong la apa yang termampu dan apa yang angin tahu...

maka, selepas menunaikan solat Sunat Aidilfitri..kami sekeluarga berkumpul untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..dan the best part ever adalah..angin masih lagi terima duit raya..hahaha..tetiba terasa macam sonok nak beraya n kaya raya..hahaha

petang je..pulang ke kampung untuk beraya bersama degan nenda tercinta..(Puji camne pn tetap x dapat duit raya dari nenda..hehe)
yang bestnya tyme kat kampung..tak sangka angin akan tengok TV yang mana rancangan TV tersebut telah dihoskan oleh kawan angin...Fatimah Elmelinda..bestnya dapat tengok dia..walaupun rancangan yang di hoskannya kurang best..(yelah dokumentari hari raya..pasal warga tua..kurang menarik minat angin.,..huahua)

hari Raya Pertama...angin mengenakan sepersalinan baju melayu kuning dengan sampin hijau pucuk pisang dan keronsang ijau..suka sangat..hehe

inilah baju melayu yang angin peragakan di pagi raya

inilah aksesori dan pelengkap gaya angin di pagi raya

apapun, citer hari raya pertama memang sangat seronok..angin sangat gembira sebab semua sanak saudara pulang berhari raya di Kedah..bestnya..

antara juadah yang tersedia...





AddThis Social Bookmark Button


keji x???  

Monday, September 14, 2009

(ini entri berperasaan..kena baca kalau ada perasaan)

Malam nie..lyana post entri kt blog dia smbil ckp tepon ngn i...
masalahnya, dia x puas hati ngn i..
ada ke patut...dia ckp i xnk ckp tepon ngn dia..padahal, tyme i tulis blog nie..i tgh menggunakan kemahiran menaip guna 1 jari 1 tgn .,.sebabnya..tgn 1 lagi da kena guna untuk pegang tepon..
lepas 2..dia marah i..sebab letak kipas sebelah telinga...dia x tau ke yg selama ni, dia call i..memang sgt lama..dan boleh kebas serta panas telingA I...sebab 2 la kena ada kiipas...
(tetiba je rasa sejuk n menggigil sebab ada kipas tepi telinga)

*liana da malas nk cakap tepon ngn i..
tapi esok dia lupa la 2...mesti dengan tidak sengaja dia terdial number i...
x pe liana...i tggu u pnya call...n esok i letak aircond plak tepi telinga...hehe..

jom tgk ap dia ckp kt i..
http://www.queenlyana.com

AddThis Social Bookmark Button


Darulaman Golf & Country Club - MAJLIS BERBUKA PUASA EDISI KITA-KITA JE  

Wednesday, September 2, 2009

Salam mesr buat semua..angin sangat teruja untuk kongsikan bersama rakan-rakan semua kegembiraan angin bersama dengan rakan sekerja..meraikan majlis berbuka puasa..edisi "kami-kami je"..hehe..
tiada cerita kerja dan tugas-tugas yang berlambak...semua cerita suka-suka di majlis berbuka puasa..

apa yang pasti angin sangat gembira dan seronok sangat..sebab juadah yang disediakan..sangatlah istimewa..kami seramai 6 0rang member ofis telah bertandang ke

DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB
untuk majlis berbuka puasa..'edisi kami-kami je'..hehe


inilah gambaran di luar Darulaman Golf nie..



inilah antara rakan-rakan sekerja yang memeriahkan
'Majlis Berbuka Puasa Edisi Kita-Kita Je'

Mr. Radzi
(Asst. Manager Event & Logistic)


Miss Ida & Miss Linda
(ex-PA Excecutive Director & ex-Graphic Des

Miss Anis , Mdm. Maria & Mr. Faiz
(Asst. Manager Business Development, Finance Executive & Journalist)

inilah kami yang sangat meriah berbuka puasa bersama-sama tanpa sekelumit rasa nak memikirkan tentang kerja..
KERJA???? arrgghh..BOSAN


sekitar majlis berbuka puasa edisi kita-kita je
(tetiba edisi kali nie..angin macam banyak sangat gambar nak letak..hehe
teruja la katakan)




angin juga nak kongsikan menu istimewa di DGCC tyme kitorang berbuka puasa hari 2..
sangat meriah menu dia..dengan kos hanya RM35.20 seorang..
bagus 2..tawaran istimewa dengan hidangan yang cukup istimewa..

Buka Puasa Refreshment:
Air Rose Syrup Selasih
Air Kiwi


Desserts :
Buah-Buahan
Rojak Buah
Kuih-Muih
Kek
Agar-agar & Puding

Hawkers Special:
Choice of Ice Crea
Murtabak Ayam
Mee Rebus
Asam Laksa
Crispy Noodles with Seafood
Mixed Fruit Cocktail with Shaved Ice


Appertizers:
Acar Timun Nenas
Ikan Pekasam
Ikan MAsin
Telur Masin
Ulam-ulaman
Kerabu Mangga
Papadom

Local Condiments & Sauces:
Asam Pedas
Budu
Cencalok
Sambal Tempoyak
Kauh Kacang
Thousand Island
Mayonnaise
Italian Dressing
Tartare Sauce


Main Dishes:
Kari Ikan Talang dengan Terung & Nenas
Daging Masak Rendang Siam
Ayam Gorang Berempah
Udang Masak Berserai
Sotong Goreng Tepung
Itik Masak Hitam
Telur Masak Sambal
Acar Rampai
Pajeri Terung
Kailan Ikan Masin
Tau-Fu dengan Sayur-sayuran
Fried Celery with Seafood
Siput Sedut Masak Kari
Sayur Lodeh
Fried Potato with Chicken Meat
Fried Sushi Roll
Telur Ikan Goreng Kering
Ayam Masak Sambal Lemak
Nasi Putih/Nasi Tomato



BBQ Corner:
Daging Bakar
Lamb Chop
Ikan Bakar
Ayam Percik
Sate Ayam
Chicken Frankfurter
Egg Sunnyside
Beef Burger

*ada lagi menu-menu lain, tapi ini antara yang menarik perhatian angin..teruja sangat-sangat



AddThis Social Bookmark Button


Salam Kemerdekaan ke 52  

Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan angin rakamkan buat semua bangsa Malaysia...
semoga keharmonian dan kesejahteraan yang kita rasai kini..akan kekal selamanya..ameen

kepada pejuang-pejuang bangsa..yang selamanya telah berkorban dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang sangat berjaya..dari segi pentadbirannya..dari segi ekonominya serta dari aspek pembangunannya..Alhamdulillah..nikmat kemerdekaan benar2 kita rasa..

kalaupun begitu..jangankan sekali kita lupa...akan cabaran modenisasi yang mendepani kita..
banyak yang perlu kita lakukan..banyak yang harus kita pertahankan..dan banyak juga yang harus kita singkap sedalamnya..
anak muda masa kini..jangankan sekali terabai dan terlena...dengan kuasa jajahan minda yang telah lama menular dalam bangsa kita...jangan biarkan..taklukan minda terus menerus membunuh anak bangsa..

Panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana..izinnya..kita masih lagi berpijak di bumi ini..
untuk terus menikmati hasil-hasil dari perut bumi..kurnian Ilahi..
di kesempatan ini..angin mengambil ruang untuk memperbetulkan diri sendiri dan mengingatkan sesama kita...yang pasti..kemerdekaan ini diwarisi..dan harta ini perlu dijaga..
kerukunan kita...keamanan kita..kesejagatan kita..
bersamalah kita menyemarakkan..semangat cinta akan negara..
teruskan berjuang dengan apa cara yang kita daya..dan pastikan bahawa kita juga punya bentuk kejayaan yang kita cipta bertunaskan budaya yang kita ada..

-SALAM KEMERDEKAAN KE 52-

AddThis Social Bookmark Button


Design by Amanda @ Blogger Buster